Monday, December 27, 2010

Penawar Dikala Kepenatan....

bacalah untuk mengisi masa lapang semua..read this!!Amat berguna....

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan  petua  yang diajar  oleh  Rasulullah s.a.w.  kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu  hari  Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.  Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.  Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.  Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.  Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.  Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.  Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan),  Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.  Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Saturday, November 13, 2010

Tanda-tanda SaKiT MENTAL

Antara tanda2 mereka yg sudah mengalami gangguan emosi ialah;

1.      Bercakap tanpa berlandaskan alasan yg kukuh. Oleh sebab emosi mereka sudah terganggu, maka mereka akan bercakap apa saja asalkan mendapat kepuasan hati

2.      Mereka lebih gemar melihat kelemahan org lain tanpa membandingkannya dengan diri mereka sendiri. Memperkatakan dan mencari keburukan orang lain adalah sesuatu yg sangat menarik minat mereka kerana dengan itu mereka akan merasa lega. Mendedahkan keburukan orang lain juga merupakan satu kepuasan emosi mereka.

3.      Mereka sangat berminat memerbodohkan orang lain dengan cara mendedahkan keburukan.  Mereka suka menggelar dan memangil orang lain dengan nama2 yg mereka anggap lucu atau menghina. Dengan cara itu mereka berpendapat mereka akan mendapat kepuasan dan senang hati.

4.      Mereka sering merasa takut kepada sesuatu yg tidak pasti. Ada kalanya mereka menganggap semua orang lain boleh memberikan ancaman kepada diri mereka sendiri. Oleh itu mereka sering bersikap ‘defensive’ yakni menegakkan kebenaran sendiri tanpa menghiraukan pendapat org lain.

5.      Mereka menganggap diri mereka lebih betul, lebih ‘smart’, lebih berkemampuan dan lebih tahu dari orang lain lalu mereka berlagak seolah-olah ‘mr. knows all’….

6.      Mereka tidak bersedia menerima pendapat orang lain dengan alasan bahawa pendapat orang lain itu cuma ingin meruntuhkan ‘ kredibiliti’ mereka saja…..Oleh itu sikap ‘prejudice’ (prasanka) dan terlalu curiga menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain.

7.      Mereka bertindak mengikut dorongan emosi (affective factor) lebih daripada fikiran(cognitive factor) kerana diri mereka sudah dikuasai oleh perasaan. Ini menjadikan mereka sentiasa dilamun  dorongan jiwa yang murung, muram dan bila sampai ke peringkat yg cukup serious, mereka akan bercakap seorang diri…….. 

( sedutan dari.....Emotion and Psychological Disorder)    

Doa di bawah ini mungkin dapat membantu kita menjauhkan diri dari terlibat dengan tekanan emosi……………..insyaallah..


 Firman Allah,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum lelaki menghina kaum lelaki yang lain, kerana boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina dan jangan pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu lebih baik dari perempuan yang menghina. Janganlah pula kamu cela mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran yang tidak baik. Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya."

                                                            Surah al-Hujuraat ayat  11

Saturday, November 6, 2010

Zaman Sekarang ni Semakin.........

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.


8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.


Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Wednesday, October 27, 2010

WaRkAh UnTuK HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. .


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau jodohmu,ingatlah Hawa, janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirlah senyuman,maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. .


Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat rupa paras,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki..Tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,dan yang penting pegangan agamanyaLelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrim kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. .Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,iaitu sebuah perkahwinan..


Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. .Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. .


Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia dari cinta keluarga. .






Friday, October 22, 2010

laLaLaLA~~~~~~

lewat aku balik hari nim..dekat2 kol 8 jugok spi rumoh...hari ni aku off duty dh..hahaha,baru crew change nga saing seperjuangan..Mr.Ajis (Toki).p keje kat sana xbanyok pom..huhu..smuaa dh cukup org..tgk2 je..huhu,

sampai jer kt umah,dh ader org sambut..irfan sorg2 jer kt umah..huhu,baru 3 minggu naik..citer dop mutus aku nga irfan.start dari raya spi jupe plop..haha,ader laker citer hok kuar..jeng~~!!!

g sambung plok citer aku nga irfan kt kedai mkn,huhu...mkn lalu sbb lapor ngat,:-P beser dop mkn mlm,p mlm ni wase nk mkan plok..so aku pom order r bihun sup,my favourate 2..sedap boh..huhuhu,kdi ni jer hok boleh mari klu duk miri...(Selera D'KELATE),try r g awok2..p klu kt kampung sendiri xyah citer r...ker guane??

duk kejap kat miri nim pom mari sumbat doh,mujur lar ader saing2 hok leh teman,klu x..abis dh aku jadi sumbak duk rumah..hahahha,saing2..mai r jalan umah aku,puasan ni...kuakuakua~~~~

Thursday, October 14, 2010

Penim melayan alunan ombak miri

Aper Citer Ni..!!!!!!kepala dh naik p pening nim..ombak dh mai besar jugak ni..takut pom ader gak..kali ni aku kat MV REVELATION.fuhh...kapal ni boleh tahan gak..setakat 3 meter steady lg..xmacam lain2 kapal..klu mai 2 meter pom dh hanyut dh penghuni2 kapal 2..cian r obak pom.memang bz r medic ari 2..hahaha,

seperti biasa pada 6hb mlm kat baram field are bravo platform.Aroun kol 9mlm.alunan ombak start mai pukul kapal.jeng dh wase..kocok pale2..aku p tgk gak angin kat luar,mmg kuat r..macam hok dalam citer orr..p dlm citer jahat lagi..siap ombak masuk dlm kapal..skit2 je bleh caye 2..,huhuhu..laju gile angin tiup,mgkin tempias dari sebelah sabah kot---->(anggapan sahaja).

duk r lepak2 dulu kat luar kapal sambil tgk2 ombak langgar itu platform.after that,slow2 kapal revelation ni pull off its anchor,kater captain indon 2,lucu gak captain ni.tiap2 kali cakap mesti ader ayat bapak2..huhuhu,para ibu2 je xder,hehe..muge xder ibu kat kapal nim..tapi bleh plak geng2 sarawak ni layan nga seth2 indon nim..layan je lar,zarsss..

Lucu gak nga kapal anchor handling 2..p nk wat camne..dh nasib dier r..baru je siap rolling anchor kapal ni..tup2 mlm 2 jugak kna release balik..klu x,anchor 2 sangkut kat platform.bahye nguh klu mari angin n ombak ni..

TANDA-TANDA MUSIM TENGKUJUH DAH NAK DATANG LA NIE..~~~~~


al kisah tentang CINTA

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak..... adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.

Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain.
Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biar pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamahhidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang.

Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat.Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.


Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja.Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat Semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman.

Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu Cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar
agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu,menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia.Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.Suamiku juga begitu.

Ketiadaan Nur Amana(out-station ke Singapura lagi)memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak.Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan begitu menyakitkan.Air terjemahannya. Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku.Suamiku segera menghubungi mahkamah
meminta kepastian.Dan jawapan yang diberikan mataku turun tanpa henti.Apa salah didikanku,lalu dia jadi begitu?

Subhanallah!
Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan.Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan.Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua.

"Saya mencintai Adam.....pemuda Kristian,saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.Kemarahan suamiku sampai ke puncak.Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.


Paginya Nur Amana hilang dari rumah.Kamarnya kosong.Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa"Cuma setakat ini saja hubungan kita".Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi,suamiku bukan bapanya lagi.Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis.Nur Amana lari dari rumah!Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana.Tiada pilihan lain,akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana adir ke mahkamah.Lalu,cerita Nur Amana menjadi hangat.Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen.Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya,ramai yang menyimpulkan,Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!Alangkah dangkalnya iman Nur Amana.Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama sari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu seorang lelaki muda berdarah India.Nur Amana tidak bertudung litup lagi.Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat megah tersemat di dadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.
Keputusan diumumkan.

Suamiku gagal!


Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya.Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun.Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega.Hatiku hancur.Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan HUDUD! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu.Tapi,mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk.Wajahnya merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi.Menitis jatuh ke pipiku.Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya.Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!".Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi.Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan"Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat."Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.


Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku.Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah,membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"Nur Amana tidak menjawab. Tunduk.Kaku bagai patung.Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya.Hatiku tercalar.Keranamu Nur Amana,seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah!Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali.Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus.Hatiku
retak. Namun jauh disudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!


Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular.Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana.Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanahair kita..... Sedarlah!!!Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......MALAYSIA khasnya....

"HiDuP Ini pENuh DeNgaN ILLusI HaNYa KEikHLasAN MeNJadi HarTA paLiNG
BerHaRGa"
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN.
TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.

jadi disini saya mengambil iktibar daripada cerita ini.Kesian sungguh saudara kita yang telah terpesong.harap-harap saya dan semua org walau dimana jua berada,kuatkanlah iman kiter..INGAT!!KITA AKAN DIHUTUNG SUATU HARI NANTI..ALLAHUAKHBAR!!!!

Wednesday, October 13, 2010

Still ThiNkinG..~~~lulululu

ermmm....pe yang aku duk pikir2 sangat nim..
camne r aku nk start erk~~~KEHADAPAN KEKANDA,BONDA,ADINDA..DAN BERnda2 lagi r..hahahha!!!!
aku sebenarnya just thinking pasal kerja aku ni je,,so far so good alhamdulillah..p aku ingat nk wat gak site income..camne erk??hope it will coming soon..
sebetol2nya lar..klu kita berfikir setiap hari ni boleh melancarkan minda kita ork??otak pomn laju je nk thinking off everything..
berbalik kepada kerja site income aku ni..
pe yang patut aku bwat klu aku nk start ngat cari projek site income..lucu gok kadang2 nim..(stail mikir sorg-angan mat jening r plok,hahaha)..
guane erk..how to start it BRO!!!!!lets think about it guys..check it out!!!!